Wednesday, July 2, 2014

Pencemaran udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Punca pencemaran udara:
1. pelepasan asap kenderaan
2. pembakaran di tempat pelupusan
3. pembakaran terbuka
4. kebakaran hutan
5. penyemburan racun makhluk perosak

Kesan pencemaran udara:
1. system pernafasan
2. menjejaskan mata dan penglihatan manusia
3. kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
4. kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
5. Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu
6. Hujan asid
7.
Langkah- langkah mengurangkan pencemaran udara
1. Menghijaukan kawasan
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
3. Program kitar semula
4. penguatkuasaan undang-undang
5. Kempen

Rujukan :
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html

http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengurangkan-kesan.html#axzz35cERPqBh


Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya
Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu  adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.  Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.







4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panasHutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.  

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.  

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-pencemaran-udara-dan.html


Saturday, September 28, 2013

Perpindahan Ahli

Ahad, 29.09.2013: Ketua Panitia Geografi SMK Tembila, En. Ramlee telah berpindah ke SMK Pelagat berkuatkuasa 15.09.2013 atas keperluan tugas.Semua Ahli Panitia dan warga SMKT amnya mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baru dengan suasana dan semangat yang baru.
"JASAMU TETAP DIKENANG"
*setiap titisan keringat akan tetap dihargai oleh seluruh anak didik*

**** Cikgu Zakaria Telah berpindah ke Kelantan....2014.
### Blogger masih tetap di sini.

Sunday, February 3, 2013

KGT 2013 - TAJUK 2.

Konsep Penternakan:
Penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya dijinakkan. Pada zaman Neolitik, oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu tempat, kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding zaman sebelumnya yang tertumpu hanya kepada daging untuk makanan. Setelah itu, manusia mula memternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya selain digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza.
Pada zaman moden ini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan.

Sumber : wikipedia.org

Jenis penternakan;
ayam / itik
lembu / kerbau
kambing /
biri-biri
burung
rusa
seladang
babi
cacing
buaya
lebah
arnab
kuda
lintah
kura-kura
katak
ikan / ketam /
udang / belut /
lokan / kerang /
belangkas /
gamat

Kepentingan kegiatan penternakan di kawasan kajian:

Sumber pendapatan
Peluang pekerjaan
Bekalan makanan
Sumber perubatan
Sumber bahan mentah
Barang perhiasan
Pemindahan teknologi
Pengurangan import
Peningkatan eksport
Pelancongan

Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan di kawasan kajian:
Permintaan / pasaran
Harga tinggi
Iklim, Bentuk muka bumi
Agensi kerajaan / swasta
Pelaburan asing
Warisan keluarga
Pengangkutan Modal
Buruh
Teknologi
Kemudahan asas  / infrastruktur
Bekalan makanan
Dasar kerajaan
Penyelidikan dan pembangunan


Kesan negatif kegiatan penternakan di kawasan kajian:
Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran bunyi
Pencemaran bau
Wabak penyakit
Perubahan landskap
Flora terjejas
Sensitiviti masyarakat
Krisis bekalan air bersih
Ancaman kepada masyarakat sekitar
Harga makanan ternakan meningkat
Harga ternakan tidak stabil

Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan di kawasan kajian:
Kuat kuasa undang-undang
Kempen alam sekitar
Pendidikan alam sekitar
Penyelidikan dan pembangunan , contoh:MARDI
Kawalan keselamatan
Penyelenggaraan berkala
Menanam pokok
Pemantauan , contoh:PBT / JAS
Rawatan air kumbahan
Mengawal pemberian lesen
Mewujudkan kawasan ternakan luas / terancang
Mewujudkan kawasan padang ragut
Kawalan harga ternakan



Soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2013

TUGASAN 1: PENGANGKUTAN AWAM

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat
tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep pengangkutan awam
• Jenis-jenis pengangkutan awam
• Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
• Masalah perkembangan pengangkutan awam
• Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

ATAU

TUGASAN 2: KEGIATAN PENTERNAKAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan tempat
tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep dan jenis kegiatan penternakan
• Kepentingan kegiatan penternakan
• Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan
• Kesan negatif kegiatan penternakan
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


TUGASAN TAMAT



Klik di SINI untuk dokumen penuh.

Wednesday, February 15, 2012

Kerja Kursus Geografi pmr 2012

Soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2012(SOALAN PENUH BESERTA SKEMA)

Bahan untuk soalan 1.

EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU


1.Konsep Ekologi dan Ekosistem

Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma.

Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.


Keseimbangan Ekologi

Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Cth ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau.

Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Cth dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna.

Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut.

Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang.

Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.

2.SISTEM EKOLOGI

Konsep Ekosistem
Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya

Komponen biotik
Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai.

Komponen abiotik
Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian.

Kitar nutrien
Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

Rantaian makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.

Pengeluar
Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.

Pengguna
Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain untuk mendapat tenaga/makanan.

Pengguna primer
Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna sekunder
Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna tertier
Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengurai
Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien kepada tanah.

Piramid Ekologi
(piramid tenaga)
Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.


FUNGSI EKOSISTEM
a) aliran tenaga
Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makan dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) kitaran nutrein
Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)

KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA
a)Pembalakan
Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan .
c) Perubatan
Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.
e) perikanan/ akuakultur
Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak. Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.

GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM
a) pertanian
Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

b) penyahutanan
Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.

c) perlombongan
Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan.

) pelancongan
Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM
a) letusan gunung berapi
Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem.

b) taufan
Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.

c) gerakan jisim
Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu ekosistem.

d) banjir
Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem.

e) kemarau/ kebakaran semulajadi
Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR
a) langkah perundangan
Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air .

b) kempen
Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta.

c) pendidikan
Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.

d) hutan simpan/ taman negara
Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.

e) pengurusan/ pengawalaseliaan
Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. Misalnya
Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.


Bahan untuk soalan 2.

PERNIAGAAN RUNCIT

1. konsep
Sedekad dahulu, peruncitan di Asia merupakan sebuah perniagaan tempatan yang
kebanyakannya dijalankan oleh orang tempatan sendiri. Kini ianya semakin berubah akibat
kehadiran satu bentuk perniagaan antarabangsa yang didominasi oleh warga asing (The
Economist, 01.07.2001). Morgan Stanley, sebuah bank pelaburan baru-baru ini membuat
perbandingan di antara pasar raya besar dari segi kawasan dan mendapati Carrefour
menunjukkan satu strategi yang pelik dengan meletakkan cawangannya di tempat-tempat
yang tidak bersesuaian dan membuat penawaran lebih kepada ‘stail’ Perancis. Kajian
menunjukkan populariti mendadak yang dikecapi pasar raya besar telah memberi kesan
negatif ke atas peniaga-peniaga kecil dan kini adalah masa yang tepat untuk mengenakan
peraturan yang ketat kepada mereka (The Economist, 4 Julai 2001).
Peruncitan di Asia sedang mengalami dua perubahan yang besar. Perubahan
pertama adalah perubahan daripada pasar raya dan kedai kecil kepada pasar raya besar.
Kedua adalah pencerobohan syarikat-syarikat daripada Barat dengan kemahiran, teknologi
dan budaya untuk melaksanakan gedung besar.

Di Malaysia, industri peruncitan merupakan antara industri yang penting dan memberi
sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Sektor ini terbentuk daripada
gabungan peruncit, perniagaan kecil dan pasar basah. Di samping itu, sektor peruncitan juga
merupakan gabungan antara pasar raya, koperasi bersatu dan kedai-kedai yang menjual
peralatan tertentu dan diletakkan di dalam satu plaza membeli belah di kawasan perbandaran.
Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling senang diceburi
di Malaysia dan jenis perniagaan runcit yang paling popular diceburi adalah perniagaan groseri
atau perniagaan pembekalan makanan. Satu kajian telah dijalankan oleh Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad di Negeri Sembilan pada tahun 1986 tentang penglibatan
bumiputera dalam perniagaan, telah melaporkan bahawa lebih daripada 25 peratus peniaga
bumiputera dalam negeri berkenaan telah melibatkan diri dalam perniagaan barangan runcit.
Kajian di Sarawak pula mendapati bahawa sebanyak 50.6 peratus daripada perniagaan
bumiputera adalah dalam sektor peruncitan dan pemborongan, dan 44.1 peratus daripadanya
adalah jenis barangan runcit.
Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir di dalam aliran produk-produk
daripada pengeluar kepada pengguna. Maka ianya amat penting dalam ekonomi sesebuah
negara. Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanan institusi peruncitan
secara amnya memerlukan industri pemborongan.





link:





CONTOH BORANG PEMERHATIAN KAJIAN TENTANG PERNIAGAAN RUNCIT
YANG BERFOKUSKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM



1. JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN

JENIS
BARANGAN
JUMLAH
GERAI
MAKANAN

MINUMAN

BUAH-BUAHAN

KASUT/PAKAIAN/KAIN

AYAM/DAGING/IKAN

SAYUR-SAYURAN



2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN (SILA TANDAKAN 4 FAKTOR)

FAKTOR
MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM)
TANDAKAN
(X)
TAPAK DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN

PENIAGA TEMPATAN

MODAL KECIL

PASARAN TEMPATAN (PENDUDUK SETEMPAT)

INFRASTRUKTUR

KAWASAN PERUMAHAN (TUMPUAN PENDUDUK)

PENINGKATAN TARAF HIDUP (KUASA BELI)

DARJAH KETERSAMPAIAN (ADA JALAN RAYA)

PERANAN PERSATUAN PENDUDUK/JKKK

KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA ( 5 PTG - 10 MLM)



3. KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR MALAM) DI KAWASAN KAJIAN (TANDAKAN 4 KESAN UTAMA)

KESAN
TANDAKAN
(X)
MASALAH SOSIAL

PERSAINGAN DENGAN GERAI-GERAI YANG MENJUAL BARANGAN YANG SAMA

PENCEMARAN

KESESALAN LALU LINTAS

WABAK PENYAKIT

HARGA TANPA KAWALAN

BARANGAN TIDAK BERKUALITI

PEMBAZIRAN (MASA/WANG)



4. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR MALAM) DI KAWASAN KAJIAN (TANDAKAN 3 LANGKAH)


LANGKAH
TANDAKAN
(X)
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

PERANAN & PEMANTAUAN PBT/PERSATUAN PENDUDUK

PENGAWALAN & PENGELUARAN LESEN

PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA PENIAGA

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS

KEMPEN KESEDARAN

PENGAWALAN HARGA

WUJUDKAN KAWASAN KHAS PERNIAGAAN RUNCIT